SeliparXJipun: Menggegarkan Dunia Hardcore dari Kuching, Sarawak

Siapa SeliparXJipun? SeliparXJipun, sebuah band genre Hardcore yang berasal dari Kuching, Sarawak, telah menggegarkan dunia muzik tempatan sejak penubuhannya pada tahun 2022. Dengan semangat yang membara dan keazaman yang tinggi, band ini telah menarik perhatian ramai peminat muzik Hardcore di seluruh Malaysia. Material Terbaru Bulan ini, SeliparXJipun telah melancarkan EP terbaru mereka yang pastinya akan memukau para peminat. EP ini menampilkan lagu-lagu yang penuh dengan tenaga dan emosi, mencerminkan identiti dan perjuangan mereka dalam dunia muzik yang penuh cabaran. Bagi mereka yang belum mendengarnya, pastikan anda mendapatkan EP ini di platform muzik kegemaran anda. Perancangan kedepan Selipar Jipun tidak menunjukkan tanda-tanda untuk memperlahankan langkah mereka. Pada bulan Ogos dan September ini, mereka akan memulakan Borneo Tour yang dijangka akan menjadi fenomena di kalangan peminat Hardcore. Berikut adalah tarikh dan lokasi persembahan mereka: - 31 Ogos: Sibu ...