Experiment.Envy - Meneroka Dunia Seni Tanpa Batasan

"Muhammad Aliff/Alip pemilik brand Experiment. Envy"



Nama "Experiment.Envy" dipilih kerana ia mencerminkan minat mendalam terhadap percubaan dan inovasi. Lahir dari Tawau Bumi Peladang, Muhammad Aliff atau lebih mudah dipanggil Alip bergerak sendiri dan mencipta jenama pakaiannya sendiri. Dari sudut pandangan peribadi, kebebasan untuk mencuba sesuatu yang di luar kotak pemikiran adalah penting. Gabungan perkataan ini tidak mempunyai maksud mendalam, namun ia dipilih atas kebebasan memilih dan sebagai penyedap rasa.

"Sebelum wujudnya Experiment.Envy, brand ini dikenali sebagai HighJack" 

Experiment.Envy sebenarnya diwujudkan sebagai "almari" untuk menyimpan khazanah lukisan lama yang dilukis semasa brand pertamanya, "Highjack". Setelah sekian lama terperap, timbul keghairahan untuk mengeluarkan produk dengan nama baru. Maka terhasillah satu produk eksperimen di mana setiap hasil karya mudah difahami tanpa perlu merumitkan isi dan maksud seni di setiap produk.

Sebelum ini, di bawah nama Highjack, setiap rekaan tertumpu kepada warna hitam putih dan sarat dengan maksud mendalam, namun hasilnya dilihat agak merapu. Dengan Experiment.Envy, konsep rekaan banyak bermain dengan warna yang lebih menyerlah dan menarik perhatian.

Konsep & Inspirasi


Konsep yang dibawa oleh Experiment.Envy tertumpu kepada dunia skateboarding dan graffiti, mengarah kepada gaya hidup barat. Inspirasi utama untuk Experiment.Envy datang daripada jenama seperti Fucking Awesome, FUCT, Stussy, Brain Dead, dan Supreme. 


 "Design terbaru Experiment.Envy yang baru saja dikeluarkan dalam bentuk T-Shirt dan Sweatshirt" 

Experiment.Envy bukan sekadar satu jenama, tetapi satu manifestasi kebebasan dalam berkarya dan bereksperimen tanpa batasan. Dengan menggabungkan elemen-elemen yang berani dan warna-warna yang menonjol, Experiment.Envy mencipta satu identiti yang unik dan penuh dengan semangat inovasi.



Untuk mengikuti dan membeli produk lokal Experiment. Envy boleh ikuti sosmed di bawah :

Instagram :

Tiktok :

Comments

Popular posts from this blog

Ulasan Lagu "Jauh" oleh Acun: Melodi Lembut untuk Cinta Jarak Jauh

GATS : Hardcore Punk Belum Mati