GATS : Hardcore Punk Belum Mati

 

"GATS Line up"

GATS ni tertubuh tahun 2023, disebabkan semua line up sudah bosan dan tiada aktiviti, dan masing-masing mahu cari alternatif dan hiburan yang lebih aggresif, maka tertubuhlah band GATS ini, Nama GATS ini pula diambil dari short form Gattling Guns, disebabkan kelajuan Gattling Guns itu lah yang menjadi pemangkin untuk buat beat selaju peluru.

"EP GATS" 

Faktor usia dan komitmen hidup ni lah yang buat semua line up mahu buat band ini jadi band yang terakhir untuk semua line up tubuhkan, dan jika berpecah mungkin semua gantung instrument, GATS masih bawa genre hardcore punk, tapi lebih kepada experimental, dengan gabungan sub genre lain seperti powerviolence dan banyak elemen lain di setiap lagu, di situlah keunikan band ini boleh dinampak. 

Line up azrul (Gitar) , gerl (Vokal) , madir (Bass) josh (Gitar) dan salah satu legend drummer stik pendek yang kacak akbar (Drummer), masing-masing dari pecahan band dari sabah juga, dan akhirnya bergabung untuk buat satu band yang bernama GATS. 

Pada may lalu, band GATS juga ada keluarkan self-titled EP, yang mana memuatkan 8 buah lagu, dan dijangka pada tahun depan, GATS akan buat satu tour di kawasan semenanjung dan sekali promo EP terbaru dari GATS. 

Untuk mengikuti perkembangan GATS, boleh tekan link di bawah :

Instagram :

Bandcamp :

Comments

Popular posts from this blog

Ulasan Lagu "Jauh" oleh Acun: Melodi Lembut untuk Cinta Jarak Jauh