Wheelbite Chaos Hardcore Punk dari Nature City Sandakan!

     "Nature City (Sandakan) Hardcore punk, Wheelbite" 

Selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), banyak perubahan yang berlaku dalam kalangan remaja di Sandakan, juga dikenali sebagai Nature City (NC). Salah satu perubahan yang menarik ialah kemunculan band hardcore punk, Wheelbite. Terinspirasi dari band seperti Trash Talk, Common Enemy, dan Black Flag, Wheelbite membawa gaya muzik yang lebih agresif dan berat dari segi muzik serta lirik, mirip dengan Trash Talk.


Kisah penubuhan Wheelbite bermula dengan kebangkitan semula aktiviti skateboarding di kalangan remaja NC selepas PKP. Ketika mereka sering meluangkan masa bermain skateboard, sekumpulan remaja ini mencari alternatif lain untuk berhibur. Maka, lahirlah idea untuk menubuhkan sebuah band. Nama "Wheelbite" itu sendiri datang dari pengalaman jatuh semasa skateboarding akibat 'wheelbite', yang secara tidak langsung menjadi inspirasi nama band ini.


Line Up Band:

- Mijie (Vokalis)

- Apin (Bassist)

- Paffen (Gitaris)

- Sepul (Drummer)


Material:

- Skatehate (EP 1)

- Revenge and Destroy (EP 2)

- 665 (Single dan Video Muzik)


Setelah beberapa material dikeluarkan, Wheelbite kini dalam proses rakaman untuk album baru mereka. Setelah pelancaran album ini, mereka merancang untuk membuat tour di Sabah, Semenanjung Malaysia, dan mungkin juga Indonesia.


"Shout out to our gang members, NCHC and Dumberhood, proudly to be a part of it. So far, band HC di NC (Sandakan) sangat berkembang. Too much HC show and new comer yang support the scene." - Wheelbite -



Wheelbite bukan sahaja membawa gelombang baru dalam dunia muzik hardcore punk di Sandakan, tetapi juga mewarnai landskap muzik tempatan dengan keunikan dan kegigihan mereka. Teruskan menyokong Wheelbite dan nantikan kejutan seterusnya daripada mereka!


Tekan link di bawah untuk mengikuti lebih lanjut tengang Wheelbite :

Instagram :

https://www.instagram.com/wheelbitehc?igsh=MTBpbTZtb2c3emlibA==

Youtube :

https://youtube.com/@wheelbitehc?si=G4AgvAJ1ZC0G498d

Comments

Popular posts from this blog

Ulasan Lagu "Jauh" oleh Acun: Melodi Lembut untuk Cinta Jarak Jauh

GATS : Hardcore Punk Belum Mati