Posts

VOLTSTRACH: Band Post-Grunge Dari Tawau

Image
Sejarah Penubuhan VOLTSTRACH adalah sebuah band yang memainkan muzik bergenre 'Post Grunge', dengan inspirasi besar daripada band antarabangsa seperti NIRVANA, FOO FIGHTERS, MELVINS, SOUNDGARDEN, serta band Malaysia seperti BUTTERFINGERS, NERVEDELESS, MADHOUSE dan lain-lain band lokal. Berasal dari Tawau, Sabah, band ini telah ditubuhkan pada bulan April 2024 oleh dua individu berbakat, Dir (drummer) dan Agun (vocalist). Meskipun seringkali mengalami pertukaran anggota, semangat mereka untuk maju ke hadapan tidak pernah luntur. Evolusi Dari WORSE OF SOUND ke VOLTSTRACH Sebelum kewujudan VOLTSTRACH, Dir dan Zul telah menubuhkan sebuah projek band bernama WORSE OF SOUND bersama Agun dan Alex sebagai ahli lain. Namun, projek ini tidak bertahan lama dan akhirnya dibubarkan. Dari pembubaran tersebut, Dir dan Agun mengambil keputusan untuk menukar nama WORSE OF SOUND kepada VOLTSTRACH. Penjenamaan semula ini bertujuan untuk memberi nafas baru kepada muzik mereka serta merancakkan lag...

AGONIZED : INDAH JAYA GRINDCORE HOOLIGANS

Image
Agonized, a grindcore band that has been steadfast in its extreme music pursuit, traces its roots back to 2006. Here’s a dive into the band’s origin, evolution, and future plans. The History Behind Agonized The journey of Agonized began in late 2006, founded by Ito, who happens to be Endeng's (from Kudeta and Berserker Barrage) younger brother. The idea of forming the band emerged from casual late-night hangouts at their usual hangout spot, affectionately named ‘Court.’ This repurposed basketball court, turned DIY skatepark, became the breeding ground for their musical passion. Initially, Agonized was more of a carefree project—a space to channel their love for extreme music without taking things too seriously. Why the Name Agonized? When it was time to take the band seriously, the members found themselves struggling to decide on a name. One day, while listening to Rotten Corpse's Maggot Sickness cassette brought by their friend Kuyak, inspiration struck. They chose Agonized, o...

Audial Interference #1 : Gravehammer

Image
Pada 1 november bertempat di Necrolatry Records, telah berlangsung satu event kecil, Audial Interference bersama dengan band Gravehammer sempena pelancaran album baru mereka Necrozited Mortal, dan turut menjayakan event tersebut termasuklah Dissecting The Euphony dan juga Mutagen Water sebagai orang kuat disebalik tabir pelancaran dan dengar secara langsung album tersebut. Cukup bangga sekali melihat band dari Tawau, Sabah dipanggil untuk buat listening party dan Gravehammer merupakan band pertama sekali yang dijemput untuk memecahkan tradisi, Dalam upacara tersebut, line up yang hadir A.Deathphemer :Vokal/Bass Shxxxul : Gitar sebagai wakil kepada band, Sedikit sebanyak penceritaan tentang bagaimana pertubuhan band tersebut, dan bedah maksud setiap lagu dalam album tersebut. Dalam penjelasan mengenai pertubuhan band Gravehammer, band ini pada awalnya ditubuhkan berdua dan bawa genre d-beat punk, setelah siap dua lagu, A.Deathphemer terinspirasi untuk tukar genre kepada bunyi yang lebih...

CON-DAMN THE CORRUPTOR : TRIBAL PUNK ROCK INANAM KEMBALI DENGAN MATERIAL BARU

Image
  "faktor umur, rambut putih dan komitmen bukan penghalang CTC untuk terus bangkit" Con-Damn The Corruptor, atau lebih dikenali sebagai CTC, adalah sebuah band kolektif yang lahir di Inanam, sebuah daerah kecil di pinggir bandar Kota Kinabalu. Dikenali dengan suasana masyarakat yang peramah dan pandai berjenaka, band ini memilih aliran muzik punk rock sebagai tunjang utama muzik mereka. CTC mula berdiri sejak tahun 2006 dan semakin aktif dalam persembahan gig serta konsert pada tahun 2012. Sejak itu, mereka terus aktif sehingga ke hari ini, malah telah melakukan dua kali jelajah (tour) di Malaysia Barat. Cita-cita Jelajah Jepun: Antara Harapan dan Halangan Pada tahun 2024, CTC berhasrat untuk melakukan jelajah ke Jepun. Namun, impian ini tergendala disebabkan beberapa masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Walaupun begitu, ahli band tetap bersiap sedia untuk jelajah tersebut, terutamanya Angkol Ben, frontman kepada CTC, yang sanggup makan nasi putih dengan telur mentah ...

Purbawara : Dari Bloody Situations ke Kisah Epik Melodic Death Metal Purbawara

Image
Purbawara, satu nama yang semakin mendapat perhatian dalam dunia muzik metal tempatan, bermula dengan nama Bloody Situations. Ditubuhkan di Johor pada tahun 2013, Bloody Situations dikenali dengan bunyi yang agresif dan gelap, mencerminkan genre melodic death metal yang mereka bawa. "Kemunculan pertama Bloody Situations"  Namun, pada tahun 2018, seiring dengan pelancaran album pertama mereka Aphorism, kumpulan ini memutuskan untuk melakukan rebranding kepada nama baharu, Purbawara. Nama ini diambil dari perkataan Melayu yang bermaksud "babak yang mengisahkan cerita silam atau kuno", satu pilihan yang cukup puitis dan menggambarkan muzik mereka yang berunsurkan cerita epik zaman dahulu kala. Dalam bahasa Inggeris, nama band ini membawa maksud "Tales of ancient times, Lords of the East" – satu identiti yang membayangkan pengaruh budaya Timur yang kuat dalam karya mereka. Rebranding ini turut disertai oleh perubahan dalam formasi band. Yusuf kekal sebagai dru...