CON-DAMN THE CORRUPTOR : TRIBAL PUNK ROCK INANAM KEMBALI DENGAN MATERIAL BARU
"faktor umur, rambut putih dan komitmen bukan penghalang CTC untuk terus bangkit"
Con-Damn The Corruptor, atau lebih dikenali sebagai CTC, adalah sebuah band kolektif yang lahir di Inanam, sebuah daerah kecil di pinggir bandar Kota Kinabalu. Dikenali dengan suasana masyarakat yang peramah dan pandai berjenaka, band ini memilih aliran muzik punk rock sebagai tunjang utama muzik mereka. CTC mula berdiri sejak tahun 2006 dan semakin aktif dalam persembahan gig serta konsert pada tahun 2012. Sejak itu, mereka terus aktif sehingga ke hari ini, malah telah melakukan dua kali jelajah (tour) di Malaysia Barat.
Cita-cita Jelajah Jepun: Antara Harapan dan Halangan
Pada tahun 2024, CTC berhasrat untuk melakukan jelajah ke Jepun. Namun, impian ini tergendala disebabkan beberapa masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Walaupun begitu, ahli band tetap bersiap sedia untuk jelajah tersebut, terutamanya Angkol Ben, frontman kepada CTC, yang sanggup makan nasi putih dengan telur mentah setiap hari semata-mata untuk mendapatkan 'aura Jepun'. Walaupun jelajah itu terpaksa ditangguhkan, mereka kekal optimis, percaya bahawa rezeki akan tiba di masa yang lain.
Asal-Usul dan Inspirasi
CTC pada mulanya ditubuhkan oleh tiga orang anak muda yang bercita-cita tinggi untuk menjadi pemuzik profesional seperti idola-idola mereka. Antara band yang memberi inspirasi kepada mereka termasuklah Blink 182, Sum 41, Green Day, The Offspring, Rancid, Bad Religion, ACAB, dan The Suspects. Formasi band ketika ini terdiri daripada Ben sebagai drummer dan vokalis, Nukie di bahagian gitar dan vokal, serta Eyon di bahagian bass.
Pada permulaan, CTC banyak memainkan lagu-lagu cover dari band kegemaran mereka. Meskipun mereka cuba menghasilkan lagu sendiri, mereka merasakan hasilnya kurang memuaskan, mungkin kerana terlalu banyak bermain lagu cover. Namun, usaha mereka tidak sia-sia kerana setelah melalui banyak cabaran, CTC berjaya mengukuhkan kembali perjalanan muzik mereka pada tahun 2012.
Persembahan dan Aktiviti Band
Sejak reformasi pada tahun 2012, CTC giat mengadakan persembahan di pelbagai acara kecuali di majlis-majlis tahlil! Perjalanan muzik mereka penuh warna-warni, dengan semangat dan dedikasi untuk terus membawa aliran punk rock ke hadapan.
Dischografi
CTC juga telah menghasilkan beberapa album dan kompilasi sepanjang perjalanan muzik mereka. Berikut adalah antara karya-karya yang telah mereka keluarkan:
2013:
Live Demo 2013
Single "Sabahan Punks"
Temasya Ke Gresik Compilation (Indonesia Release)
Sabahan Child Compilation
2014:
Con-Damn The Corruptor 2014 (Album penuh pertama)
2015:
My Songs For You (Album kedua)
Con-Damn The Corruptor/Chugs On Deck Raya Split Special
Con-Damn The Corruptor/Roundoff 40/Dum Dum Tak/Mokers 4 Way Split
Punk Rock Kan Raya Compilation
2018:
So Long My Friend Promo 2018
2019:
Songkial (Album ketiga)
2020:
Tribute To The Bollocks Compilation
Con-Damn The Corruptor/Elephat Oi - Destroy The Border 2 Way Split
Dan yang terkini, CTC bakal mengeluarkan material baru, dan material ini akan dilancarkan di
Angkol-Angkol Show 2 yang bertempat di Centura Studio Likas pada 26 Oktober ini.
"flyers di mana CTC bakal berentap dan melancarkan material baru mereka"
Ikuti Perjalanan Mereka
Untuk mengikuti perkembangan terkini mengenai CTC, termasuk persembahan, gosip hangat, dan lain-lain, anda boleh mengikuti mereka di platform berikut:
Email: mohdaidil.pangazou.pulianabdul@gmail.com
CTC telah menunjukkan bahawa perjalanan muzik tidak mudah, tetapi dengan keazaman yang kuat, segala cabaran dapat diharungi. Mereka terus mengharungi perjalanan penuh cabaran ini dengan semangat yang tidak pernah pudar.
Comments
Post a Comment