Purbawara : Dari Bloody Situations ke Kisah Epik Melodic Death Metal Purbawara
Get link
Facebook
X
Pinterest
Email
Other Apps
Purbawara, satu nama yang semakin mendapat perhatian dalam dunia muzik metal tempatan, bermula dengan nama Bloody Situations. Ditubuhkan di Johor pada tahun 2013, Bloody Situations dikenali dengan bunyi yang agresif dan gelap, mencerminkan genre melodic death metal yang mereka bawa.
"Kemunculan pertama Bloody Situations"
Namun, pada tahun 2018, seiring dengan pelancaran album pertama mereka Aphorism, kumpulan ini memutuskan untuk melakukan rebranding kepada nama baharu, Purbawara. Nama ini diambil dari perkataan Melayu yang bermaksud "babak yang mengisahkan cerita silam atau kuno", satu pilihan yang cukup puitis dan menggambarkan muzik mereka yang berunsurkan cerita epik zaman dahulu kala. Dalam bahasa Inggeris, nama band ini membawa maksud "Tales of ancient times, Lords of the East" – satu identiti yang membayangkan pengaruh budaya Timur yang kuat dalam karya mereka.
Rebranding ini turut disertai oleh perubahan dalam formasi band. Yusuf kekal sebagai drummer bersama Shafiq sebagai guitarist, manakala anggota baharu seperti Yusnor (bass), Nazreen (guitarist) dan Dani (vokalis) menyertai untuk memperkukuhkan barisan. Walaupun Dani memainkan peranan besar dalam Aphorism, dia akhirnya mengundurkan diri selepas pelancaran album tersebut.
Pada tahun 2019, Zid, bekas vokalis kumpulan Daarchlea, mengambil alih posisi vokalis, memberikan nafas baru kepada Purbawara. Zid membawa pengalaman dan karisma tersendiri, yang pasti memberi impak besar terhadap evolusi bunyi dan imej kumpulan ini.
"Kemunculan awal Purbawara dalam bentuk baru"
Purbawara kini dikenali dengan genre gabungan seperti melodic death metal, symphonic death metal, deathgrind dan blackened death. Perpaduan unsur-unsur ini menghasilkan bunyi yang berat, dinamik dan penuh emosi, seiring dengan tema cerita kuno yang mereka angkat dalam setiap karya.
Dengan kisah permulaan dari Bloody Situations sehinggalah ke Purbawara, kumpulan ini membuktikan bahawa evolusi dan perubahan adalah kunci kepada kekuatan dan kreativiti dalam dunia muzik. Kita pasti akan mendengar lebih banyak karya epik dari Purbawara pada masa akan datang, dan pastinya mereka akan terus mengangkat kisah-kisah silam dalam bentuk bunyi yang menggegarkan jiwa.
"Rise Of All Realms, yang mengembalikan zaman kegemilangan tiket RM10"
Zid juga banyak bawa revolusi dan sentuhan seninya kepada Purbawara, band ini mulai berkembang pesat sehinggalah ke negara China selepas Purbawara menakluk pentas di sana, dari segi seni, Purbawara lebih selangkah ke depan dan selari dengan imej/genre band Purbawara. Dalam masa yang sama juga, Zid mula balik untuk kembalikan zaman kegemilangan tiket RM10 di gig yang dia sendiri anjurkan, iaitu gig Rise Of All Realms, yang sekarang mulai menjelajah ke seluruh Malaysia. Bila lagi dapat merasa tiket RM10 di masa kini kan?
"Purbawara menjelajah ke China"
Dalam masa yang sama, Purbawara kini mula sibuk di studio untuk album ke2. Semua tertanya-tanya, setelah lama album pertama, macam mana pula bunyi album ke2? Mari kita nantikan sentuhan dan irama yang dibawa kan di album terbaru nanti!
Jangan lupa ikuti perkembangan Purbawara, salah satu band metal yang terlalu rendah diri dan tidak pernah pun memilih show kecil atau besar, ikuti sosial media Purbawara dengan klik link di bawah :
"SILK, Band shoegaze borneo" Shoegaze, sebuah genre muzik yang unik dengan gabungan bunyi dreamy dan intensiti yang mentah, kini semakin menyerlah di Sabah melalui kuartet berbakat, SiLK. Berasal dari Kota Kinabalu, kumpulan ini membawa pendengar ke dunia sonik yang penuh magis dengan gabungan vokal etereal, riff gitar berat distortion, dan rentak yang memukau. Profil Band Genre: Shoegaze Asal: Kota Kinabalu, Sabah Ahli Kumpulan: 1. Yat Rad – Drums (MPasola, Tree’es) | Nadi irama dan kekacauan beritma. (1st dari kiri) 2. Agger – Guitar (Chihuahua) | Mencipta dinding bunyi dan tekstur melayang. (2nd dari kiri) 3. I.d – Guitar & Vocals (Orang Planet) | Suara dreamy di sebalik kabus bunyi. (3rd dari kiri) 4. Oni – Bass (PXTX) | Asas bunyi low-end yang menggegarkan. (4th dari kiri) Pengaruh Muzik SiLK mencipta identiti sonik mereka dengan mengambil inspirasi daripada nama-nama besar seperti: My Bloody Valentine Death of Heather RIDE Sunlotus Lagu SiLK sedang dalam prose...
"Loud Blast Fest yang dianjurkan oleh Rockstage Entertainment bertempat di Panggung Asia" Baru saja kemarin berlangsung satu event bertempat di tempat keramat, Panggung Asia, satu event yang dibawa oleh Rockstage Entertainment, event Loud Blast Fest, yang menampilkan 13 band baru dan lama, event dari hampir seluruh pelusuk negeri, semenanjung, sabah dan sarawak, tapi sayangnya satu band dari sarawak tidak dapat hadir atas sebab tertentu. Dan buat pertama kali Khabar Angin dijemput sebagai media di event tersebut, satu penghargaan besar kepada Rockstage Entertainment dan Malaysian Music Scene. "Buat pertama kali Khabar Angin dijemput sebagai salah satu media" "Larrong, band dari Sarawak tidak dapat hadir atas sebab tertentu" Bermula dari pukul 2 petang sehinggalah pukul 11.30 malam, Event tersebut berjalan dengan lancar, biarpun ada sedikit masalah teknikal, tapi syukurnya dapat ditangani dengan baik oleh krew yang bertugas di event tersebut, ke hulu k...
"Dissonance kembali dengan MV terbaru bertajuk Chastisement" Dissonance baru-baru ini telah mengeluarkan satu MV bertajuk Chastisement, dan telah pun dilancarkan di seluruh platform sosmed sekarang, Lagu yang berdurasi 6:16 minit yang padu, dari segi riff, solo dan juga vokal, lirik dan susun atur lagu yang jauh lebih berat dan berbeza dari lagu Dissonance sebelum ini, Disini kita akan baca dan dalami sendiri maksud dan penjelasan lebih tepat lirik lagu Chastisement ini sendiri. Everyone shall taste death! In the realm of shadows, in the land betwixt life and death ( Maksud nya di sini kita di antara dua alam yakni kematian dengan kehidupan yang mana dua dua alam tersebut punya rahsia yang tersendiri. Shadow di sini maksud aku rahsia) Where echoes of pain reverberate, where lost souls gasp for breath ( kesakitan bergema di setiap sudut, jiwa mula lelah - meronta ronta untuk di hidup kan semula ) Tormented by the echoes of past sins, ( Tersiksa dengan dosa lama) bound...
Comments
Post a Comment