Audial Interference #1 : Gravehammer
Pada 1 november bertempat di Necrolatry Records, telah berlangsung satu event kecil, Audial Interference bersama dengan band Gravehammer sempena pelancaran album baru mereka Necrozited Mortal, dan turut menjayakan event tersebut termasuklah Dissecting The Euphony dan juga Mutagen Water sebagai orang kuat disebalik tabir pelancaran dan dengar secara langsung album tersebut.
Cukup bangga sekali melihat band dari Tawau, Sabah dipanggil untuk buat listening party dan Gravehammer merupakan band pertama sekali yang dijemput untuk memecahkan tradisi, Dalam upacara tersebut, line up yang hadir A.Deathphemer :Vokal/Bass Shxxxul : Gitar sebagai wakil kepada band, Sedikit sebanyak penceritaan tentang bagaimana pertubuhan band tersebut, dan bedah maksud setiap lagu dalam album tersebut.
Dalam penjelasan mengenai pertubuhan band Gravehammer, band ini pada awalnya ditubuhkan berdua dan bawa genre d-beat punk, setelah siap dua lagu, A.Deathphemer terinspirasi untuk tukar genre kepada bunyi yang lebih berat dan memilih untuk bawa genre swedish death metal. Kesemua lagu daripada EP sehingga lah album dirakam sendiri di homestudio yang terletak di AH Barbercut, barbershop milik A.Deathphemer sendiri di Tawau Sabah.
Tahniah kepada Necrolatry Mortal, Dissecting The Euphony dan juga Mutagen Water atas kejayaan listening party yang banyak bagi impak positif kepada band yang mahu meluaskan sayap mereka dalam scene di malaysia ini.
Comments
Post a Comment