Imperial Dyslexia : Datang dengan single terbaru "Sirna Holistik" dengan Vokalis dan vibe terbaru

 



Kuala Lumpur, 2025 – Selepas kejayaan single pertama mereka, Imperial Dyslexia (IDX), sebuah band metal progresif tempatan, kembali dengan single kedua mereka bertajuk “Sirna Holistik” Featuring Kie (Measmata) dari Borneo, Lagu ini bukan sahaja mempamerkan kehebatan muzik mereka tetapi juga mengangkat tema yang penuh makna tentang ancaman global dan kemusnahan akhir zaman.




Barisan Ahli Band


Imperial Dyslexia terdiri daripada bakat-bakat hebat:


Vokal: 


Gitar Utama: Shazwan


Gitar Kedua: Azizi


Bass: Naz Mikanaz


Drum: Fazi Nashriq


Keyboard: Fairuz Pacat

 



Band ini terus dikenali sebagai perintis metal progresif moden di Malaysia sejak penubuhannya pada tahun 2020.



Produksi Muzik & Video


“Sirna Holistik” adalah hasil kerjasama penuh tenaga kreatif dari produksi muzik hingga ke video:


Komposisi Muzik: Shazwan & Fairuz Pacat 


Lirik: Naz Mikanaz


Jurutera Bunyi & Pasca Produksi: Sendart Production



Muzik video pula diarahkan oleh Andrew Tan dan penggambaran dilakukan di Bandar Sunway. Jalan cerita video ini dihasilkan oleh gabungan idea kreatif Naz Mikanaz dan Azizi Basri, mempersembahkan visual yang intens dan penuh emosi.



Lirik “Sirna Holistik”


(Intro)

Jangan diminta,

Kerna ianya menggerunkan,

Kuasa sabotaj,

Menunggukan saat kehancuran!

(Verse)

Langit Timur bersinar terang,

Tanah bumi hancur bergoyang,

Ramai keluar dan tidak pulang,

Pengakhiran bermula!

Perang dingin semua gentar,

Teknologi berlawan gempak,

Sampai bulan habis dijejak,

Siapa kalah? Siapa yang menang?

(Pre-Chorus)

Masanya akan tiba,

Gelombang yang ketiga,

Takdir dan dunia,

Pastinya sejarah lampau akan berulang!

(Menanti detik sebelum sampai waktu tengah malam!)

(Chorus)

Terbangkan,

Terbang tinggi ke angkasa,

Agar dapat ku tatap,

Kehancuran di dunia,

Demi masa berlalu,

Kita dalam kerugian,

Benarlah,

Kemusnahan akhir zaman!

(Verse)

Langit Barat berdarah merah,

Derap askar mencabut nyawa,

Satu butang hancur semua,

Mati seluruh keluarganya!

Asap gelap bertiup kencang,

Dominasi tanpa bicara,

Semua akta sudah dirancang,

Satu dunia satu kawalan!

(Pre-Chorus)

Pernahkah terfikir,

Dunia akan berakhir?

Kematian datang,

Lenyap terus hilang,

Kalah jadi debu,

Menang jadi arang,

Nyawa tak berdosa,

Melayang berjuta,

Sesal tak berguna,

Semua dah terlewat!

(Menanti detik sebelum sampai waktu tengah malam!)

(Chorus)

Terbangkan,

Terbang tinggi ke angkasa,

Agar dapat ku tatap,

Kehancuran di dunia,

Demi masa berlalu,

Kita dalam kerugian,

Benarlah,

Kemusnahan akhir zaman!

(Bridge)

Hahahaha..

Bila langit runtuh ke bumi,

Bila laut mula bergelora,

Bila tanah hancur binasa,

Dengan siapa kau mohon pertolongan?

(Solo)

(Chorus)

Terbangkan,

Terbang tinggi ke angkasa,

Agar dapat ku tatap,

Kehancuran di dunia,

Demi masa berlalu,

Kita dalam kerugian,

Benar apa dikhabarkan,

Kemusnahan akhir zaman!

(Outro)





Pengaruh & Mesej


“Sirna Holistik” membawa mesej yang relevan dengan keadaan dunia hari ini. Dari ancaman senjata nuklear hingga peperangan seperti konflik Russia-Ukraine dan Israel-Hamas, lagu ini memberi amaran bahawa sejarah mungkin akan berulang jika kita tidak bertindak.

Pendengar akan merasai keperitan dan ketakutan melalui gabungan vokal agresif, melodi gitar solo yang epik, dan hentakan drum yang bertenaga.

Dengan “Sirna Holistik,” Imperial Dyslexia membuktikan mereka bukan sekadar sebuah band metal biasa. Mereka adalah suara kepada generasi yang mahu perubahan. Nantikan muzik video rasmi lagu ini dan teruskan menyokong bakat muzik tempatan!


Ikuti Imperial Dyslexia di media sosial untuk kemas kini terkini tentang persembahan mereka dan keluaran lagu akan datang.


Facebook :

https://www.facebook.com/imperialdyslexiaofficial?mibextid=ZbWKwL

Instagram :

https://www.instagram.com/imperialdyslexia?igsh=YTN3dzBlYXhrczM4

Youtube :

https://youtu.be/XsTmPMZHhBI?si=nSt0P1HerJGrivHc




Comments

Popular posts from this blog

Ulasan Lagu "Jauh" oleh Acun: Melodi Lembut untuk Cinta Jarak Jauh

GATS : Hardcore Punk Belum Mati