Pangrok Sulap : Dari Bawah Tanah Sehingga Mendunia.

 




Pangrok Sulap adalah sebuah kolektif artis dari Sabah di pulau Borneo, Malaysia. Pangrok bermaksud ‘Punk Rock’, manakala ‘Sulap’ dalam bahasa dusun di Sabah adalah pondok, tempat berehat untuk petani di Sabah. 

   "Antara aktiviti yang dijalankan oleh Pangrok Sulap" 


Kolektif ini terdiri daripada artis dalam pelbagai disiplin, termasuk kurator, penulis, penyelidik, aktivis, pemuzik, pereka grafik, pembuat kraftangan, dan lain-lain. Kepelbagaian ini menjadi gerakan kolektif semakin dinamik dalam memberi manfaat kepada setiap aktiviti dan projek yang dijalankan. 

"Bengkel seni antara aktivjti yang sering dianjurkan Pangrok Sulap" 

Selain daripada misi kolektif untuk memperkasa komuniti melalui seni, kolektif ini juga terlibat dalam pameran seni, projek, dan kolaborasi untuk pembangunan sosial, budaya, ekonomi, dan pendidikan dalam pelbagai komuniti. Dari Sabah titik permulaan langkah dicipta, sehinggalah sekarang Pangrok Sulap mulai melebarkan sayap dan menjalankan aktiviti di luar negara. Penerimaan positif seni Pangrok Sulal di negara luar dapat dilihat impaknya yang sangat membanggakan. Perjuangan Pangrok Sulap menyuarakan dan menyampaikan mesej dari seni sudah tidak asing lagi,semakin lama ahli Pangrok Sulap semakin membesar. Semoga saja Pangrok Sulap dapat di angkat menjadi komuniti yang lebih padu lagi di masa akan datang.

Dikhabarkan bahawa Pangrok Sulap bakal mengikuti salah satu event seni di Thailand pada August dalam event Kenduri Seni Patani.

Untuk mengetahui perkembangan lebih lanjut, boleh tekan link di bawah dan ikuti sosmed Pangrok Sulap. 

Facebook :

https://www.facebook.com/PangrokSulap?mibextid=ZbWKwL

Instagram :

https://www.instagram.com/pangrok_sulap?igsh=aXppcHE1MHFqaGU4

Comments

Popular posts from this blog

Ulasan Lagu "Jauh" oleh Acun: Melodi Lembut untuk Cinta Jarak Jauh

GATS : Hardcore Punk Belum Mati