Posts

Defoulters : Kebangkitan semula band metal dari Klang Valley

Image
Defoulters, sebuah band yang berasal dari Lembah Klang, ditubuhkan pada tahun 2020. Dibentuk oleh ahli-ahli yang mempunyai latar belakang muzik yang pelbagai, mereka bersatu untuk menghasilkan gabungan muzik agresif, emosi mendalam, dan kehebatan teknikal. Sejak dari awal penubuhan, Defoulters sentiasa berusaha untuk menonjolkan bakat mereka dan memberi impak yang besar dalam dunia muzik metal tempatan. Pembentukan Semasa Pandemik Menariknya, Defoulters ditubuhkan ketika dunia sedang bergelut dengan pandemik Covid-19. Di tengah-tengah cabaran ini, mereka mengambil inisiatif untuk menulis, menghasilkan, dan melancarkan EP pertama mereka, Within, secara bebas. Pada tahun 2023, Defoulters akhirnya melancarkan album debut mereka, Sentiments Impulse, yang mengandungi lapan lagu baru serta satu lagu dari EP Within. Setiap trek dalam album ini menggambarkan emosi yang mendalam, riff yang memukau, dan keghairahan yang tiada batasan. Album ini membuktikan bahawa karya Defoulters sememangnya lay

Band The Waves: Gelombang Alternatif Rock dari Kota Kinabalu

Image
"The Waves Line Up"  Band The Waves merupakan sebuah kumpulan muzik yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 2009, The Waves membawa konsep muzik Alternative Rock, Post-Rock, dan Post-Grunge. Mereka terdiri daripada empat ahli yang berbakat, masing-masing dengan latar belakang muzik yang berbeza, tetapi bersama-sama mencipta bunyi unik yang menjadi identiti band ini. "Pentas pertama yang membuka tirai kepada The waves"  Ahli-ahli The Waves adalah Zaini sebagai vokalis utama dan pemain gitar, Ajit di posisi gitar kedua, Fadzlee sebagai pemain bass, dan ID Saffiq mengendalikan drum. Gabungan muzik yang mereka hasilkan memperlihatkan pelbagai pengaruh muzik yang membentuk alunan bunyi yang tersendiri dalam genre alternatif rock. "Event ke3 akan datang yang merupakan event pertama di luar kawasan"  Pada awal perjalanan muzik mereka, The Waves telah berjaya mengeluarkan single pertama mereka dalam bentuk muzik video yang bertajuk

MNORS: Tetap Keras Berdiri Di Garisan Punk

Image
Mnors, sebuah band punk yang berasal dari Kota Malinau, Indonesia, tidak pernah melambat meskipun berada di tengah-tengah perubahan dunia muzik moden yang dipenuhi dengan genre pop dan festival-festival besar. Band ini terus maju walaupun sokongan terhadap genre mereka masih di peringkat awal dan hanya diminati oleh sebilangan kecil pendengar. Walau bagaimanapun, Mnors tetap berdiri teguh sebagai simbol kesinambungan, integriti, dan ketekunan. Bagi dunia muzik underground, terutamanya genre punk, kehadiran mereka adalah suatu berita baik. Mnors dan Perjalanan Sejak 2023 Mnors mula dikenali pada tahun 2023 dan telah menghasilkan satu EP-Album bertajuk Jalan Tempur . Album ini merangkumi beberapa lagu yang penuh dengan kritikan sosial dan mesej protes, termasuk: 1. Jalan Tempur 2. Urbanisasi Style 3. Post-Truth 4. Bersikeras 5. Matikan Semua EP ini menekankan pelbagai isu kritikal terhadap pemerintah Indonesia dan juga isu-isu tempatan. Lirik-lirik mereka jelas dan tidak sekadar omong ko

MORDOR : Jeritan Grindcore Dari Keningau

Image
  Mordor: Jeritan Grindcore Dari Keningau Mordor, sebuah nama yang mungkin mengingatkan kita kepada dunia fantasi Lord of The Rings, kini menjadi sebuah band grindcore yang berasal dari Keningau. Dengan nama yang diambil dari "Land of Dark" atau "Tanah Kegelapan," Mordor membawakan semangat dan konsep yang mencerminkan kegelapan serta ketegasan dalam menyampaikan mesej mereka.  Band ini ditubuhkan pada Disember 2023 oleh tiga anak muda berbakat; Ijan sebagai vokalis, Raqeslee sebagai gitaris, dan Wirah sebagai pemain drum. Walaupun baru sahaja ditubuhkan, Mordor sudah pun menghasilkan dua rilisan fizikal yang mendapat perhatian dalam kalangan peminat muzik tempatan. Rilisan pertama mereka, Manipulation , menampilkan lima lagu yang sarat dengan kritikan sosial, manakala rilisan kedua, Mind Control , membawa enam lagu yang lebih mendalam dan kompleks dari segi muzik serta lirik. "Keluaran fizikal pertama Mordor : Manipulation"   Mordor memilih genre grindcor

Beyond My Rage – “Menggegar Dunia Underground dengan Beatdown Hardcore

Image
Beyond My Rage, sebuah band yang ditubuhkan pada tahun 2008 di Kota Kinabalu, Sabah, telah lama mencipta nama dalam kalangan peminat muzik berat. Dengan membawa genre “Hardcore Beatdown”, band ini tidak hanya dikenali di kalangan peminat tempatan tetapi juga di peringkat antarabangsa sebagai salah satu band yang memainkan muzik dengan penuh intensiti dan keagresifan. Perjalanan Muzik dan Diskografi Sejak penubuhannya, Beyond My Rage telah melancarkan beberapa karya yang memperkukuhkan kedudukan mereka dalam dunia muzik "underground". Antara projek awal mereka adalah sebuah demo yang dikeluarkan pada tahun 2008, diikuti oleh mini EP pada tahun 2011 yang menampilkan ketegasan dan gaya yang unik dalam muzik mereka. Pada tahun 2013, mereka berkolaborasi dengan band DEADSCORE untuk menghasilkan split EP yang berjudul “Real Deal”, satu lagi bukti komitmen mereka dalam memajukan genre hardcore. Tidak ketinggalan juga beberapa video muzik yang boleh ditonton di YouTube, termasuk sing

Gravehammer's Explosive New Single Premiere: "Sabahell Chainsaw Deathphemer"

Image
"Gravehammer line up"   https://youtu.be/v5HOKUB9PI0?si=Lx5tA53QieTttPMY Attention death metal chainsaw maniacs! 🔥🔥🔥🔥 Get ready for a night of pure, unadulterated metal mayhem as Gravehammer is set to premiere their latest single. Tonight at 8 PM, prepare yourself for the onslaught of "Sabahell Chainsaw Deathphemer," the first track from their highly anticipated debut album, Necrotized Mortal . Where to Watch You can catch the exclusive premiere of this brutal track on the following platforms: Youtube https://youtube.com/@gravehammercult9108?si=s-rh8xMGDa5rKofS Bandcamp https://necrolatryrecords.bandcamp.com About the Album The full-length album, Necrotized Mortal , marks a significant milestone for Gravehammer. Released under the banner of Necrolatry Records, this album promises to deliver an intense listening experience that fans have been eagerly awaiting. Stay Connected For more information and updates, you can visit the following links and contact details:

Pangrok Sulap : Dari Bawah Tanah Sehingga Mendunia.

Image
  Pangrok Sulap adalah sebuah kolektif artis dari Sabah di pulau Borneo, Malaysia. Pangrok bermaksud ‘Punk Rock’, manakala ‘Sulap’ dalam bahasa dusun di Sabah adalah pondok, tempat berehat untuk petani di Sabah.     "Antara aktiviti yang dijalankan oleh Pangrok Sulap"  Kolektif ini terdiri daripada artis dalam pelbagai disiplin, termasuk kurator, penulis, penyelidik, aktivis, pemuzik, pereka grafik, pembuat kraftangan, dan lain-lain. Kepelbagaian ini menjadi gerakan kolektif semakin dinamik dalam memberi manfaat kepada setiap aktiviti dan projek yang dijalankan.  "Bengkel seni antara aktivjti yang sering dianjurkan Pangrok Sulap"  Selain daripada misi kolektif untuk memperkasa komuniti melalui seni, kolektif ini juga terlibat dalam pameran seni, projek, dan kolaborasi untuk pembangunan sosial, budaya, ekonomi, dan pendidikan dalam pelbagai komuniti. Dari Sabah titik permulaan langkah dicipta, sehinggalah sekarang Pangrok Sulap mulai melebarkan sayap dan menjalankan