Band The Waves: Gelombang Alternatif Rock dari Kota Kinabalu
"The Waves Line Up" Band The Waves merupakan sebuah kumpulan muzik yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 2009, The Waves membawa konsep muzik Alternative Rock, Post-Rock, dan Post-Grunge. Mereka terdiri daripada empat ahli yang berbakat, masing-masing dengan latar belakang muzik yang berbeza, tetapi bersama-sama mencipta bunyi unik yang menjadi identiti band ini. "Pentas pertama yang membuka tirai kepada The waves" Ahli-ahli The Waves adalah Zaini sebagai vokalis utama dan pemain gitar, Ajit di posisi gitar kedua, Fadzlee sebagai pemain bass, dan ID Saffiq mengendalikan drum. Gabungan muzik yang mereka hasilkan memperlihatkan pelbagai pengaruh muzik yang membentuk alunan bunyi yang tersendiri dalam genre alternatif rock. "Event ke3 akan datang yang merupakan event pertama di luar kawasan" Pada awal perjalanan muzik mereka, The Waves telah berjaya mengeluarkan single pertama mereka dalam bentuk muzik video yang bertajuk ...