Posts

Showing posts from January, 2025

Gloomspire: “Defiled War Axe” – Menentang ketidak adilan di aluran Crossover Thrash Metal

Image
06 Januari 2025 menandakan sebuah era baru untuk Gloomspire, sebuah band crossover thrash metal yang baru terbentuk tetapi penuh semangat perjuangan. Mereka resmi meluncurkan single pertama mereka yang berjudul “Defiled War Axe”. Lagu ini adalah perwujudan dari kemarahan, semangat, dan perjuangan melawan ketidakadilan yang dituangkan dalam bentuk riff gitar tajam, hentakan drum eksplosif, dan vokal penuh emosi. Dibentuk pada 2 November 2024, band ini terdiri daripada Hippo (vokalis), Bayu (gitar 1), Zakhel (gitar 2), Farrel (bassist), dan Rama (drummer). Sejak awal, mereka menempatkan diri sebagai suara yang menentang kekuasaan korup, penindasan, dan ketidakadilan sosial. Terinspirasi oleh situasi di sekitar mereka, di mana banyak orang takut untuk bersuara melawan ketidakadilan, Gloomspire hadir sebagai simbol keberanian dan perlawanan. “Defiled War Axe”: Simbol Perjuangan Melawan Ketidakadilan Single perdana mereka, “Defiled War Axe,” adalah ledakan energi yang tidak hanya mengguncan...

Imperial Dyslexia : Datang dengan single terbaru "Sirna Holistik" dengan Vokalis dan vibe terbaru

Image
  Kuala Lumpur, 2025 – Selepas kejayaan single pertama mereka, Imperial Dyslexia (IDX), sebuah band metal progresif tempatan, kembali dengan single kedua mereka bertajuk “Sirna Holistik” Featuring Kie (Measmata) dari Borneo, Lagu ini bukan sahaja mempamerkan kehebatan muzik mereka tetapi juga mengangkat tema yang penuh makna tentang ancaman global dan kemusnahan akhir zaman. Barisan Ahli Band Imperial Dyslexia terdiri daripada bakat-bakat hebat: Vokal:  Gitar Utama: Shazwan Gitar Kedua: Azizi Bass: Naz Mikanaz Drum: Fazi Nashriq Keyboard: Fairuz Pacat   Band ini terus dikenali sebagai perintis metal progresif moden di Malaysia sejak penubuhannya pada tahun 2020. Produksi Muzik & Video “Sirna Holistik” adalah hasil kerjasama penuh tenaga kreatif dari produksi muzik hingga ke video: Komposisi Muzik: Shazwan & Fairuz Pacat  Lirik: Naz Mikanaz Jurutera Bunyi & Pasca Produksi: Sendart Production Muzik video pula diarahkan oleh Andrew Tan dan penggambaran dila...

SILK : Menggemakan irama shoegaze dari Kota Kinabalu

Image
  "SILK, Band shoegaze borneo" Shoegaze, sebuah genre muzik yang unik dengan gabungan bunyi dreamy dan intensiti yang mentah, kini semakin menyerlah di Sabah melalui kuartet berbakat, SiLK. Berasal dari Kota Kinabalu, kumpulan ini membawa pendengar ke dunia sonik yang penuh magis dengan gabungan vokal etereal, riff gitar berat distortion, dan rentak yang memukau. Profil Band Genre: Shoegaze Asal: Kota Kinabalu, Sabah Ahli Kumpulan: 1. Yat Rad – Drums (MPasola, Tree’es) | Nadi irama dan kekacauan beritma. (1st dari kiri) 2. Agger – Guitar (Chihuahua) | Mencipta dinding bunyi dan tekstur melayang. (2nd dari kiri) 3. I.d – Guitar & Vocals (Orang Planet) | Suara dreamy di sebalik kabus bunyi. (3rd dari kiri) 4. Oni – Bass (PXTX) | Asas bunyi low-end yang menggegarkan. (4th dari kiri) Pengaruh Muzik SiLK mencipta identiti sonik mereka dengan mengambil inspirasi daripada nama-nama besar seperti: My Bloody Valentine Death of Heather RIDE Sunlotus Lagu SiLK sedang dalam prose...

Crazy Grizzly : Kembali mengkritik dunia dengan "Sabda Bumi" Feat Kenix Naratu

Image
  Crazy grizzly, satu nama band yang tidak asing lagi dalam scene di semenanjung, baru saja memuat naik video klip lagu mereka yang bertajuk "Sabda Bumi". Lagu yang berdurasi 4:53 minit yang penuh dengan keunikan di luar landasan lagu Crazy Grizzly selama ini, ditambah pula pada lagu kali ini, mereka menampilkan Kenix, Vokalis dari Naratu sebagai penambah perisa untuk lagu yang boleh dikira sebagai Masterpiece dari band Crazy Grizzly ini. "music video sabda bumi"  Lagu Sabda Bumi yang berkisar tentang bagaimana kecewanya seluruh warga melihat warga palestin yang setiap hari bertarung nyawa untuk teruskan hidup, setiap rangkap merangkumi banyak kritik sosial dan penggunaan bahasa yang klasik lebih menguatkan lagi lontaran perasaan yang terbuku dalam satu lagu ini, vibe lagu yang mampu menyentuh perasaan, alunan vokal yang padu dari kedua vokalis memantapkan lagi penyampaian lagu, riff yang lebih melodic dan easy listening juga banyak main peranan dalam lagu ini, tern...