MORDOR : Jeritan Grindcore Dari Keningau

Mordor: Jeritan Grindcore Dari Keningau Mordor, sebuah nama yang mungkin mengingatkan kita kepada dunia fantasi Lord of The Rings, kini menjadi sebuah band grindcore yang berasal dari Keningau. Dengan nama yang diambil dari "Land of Dark" atau "Tanah Kegelapan," Mordor membawakan semangat dan konsep yang mencerminkan kegelapan serta ketegasan dalam menyampaikan mesej mereka. Band ini ditubuhkan pada Disember 2023 oleh tiga anak muda berbakat; Ijan sebagai vokalis, Raqeslee sebagai gitaris, dan Wirah sebagai pemain drum. Walaupun baru sahaja ditubuhkan, Mordor sudah pun menghasilkan dua rilisan fizikal yang mendapat perhatian dalam kalangan peminat muzik tempatan. Rilisan pertama mereka, Manipulation , menampilkan lima lagu yang sarat dengan kritikan sosial, manakala rilisan kedua, Mind Control , membawa enam lagu yang lebih mendalam dan kompleks dari segi muzik serta lirik. "Keluaran fizikal pertama Mordor : Manipulation" Mordor memilih genre grindcor...