Posts

Showing posts from February, 2025

Rockstage Entertainment : MEMBUKA TIRAI 2025 DENGAN LOUD BLAST FEST

Image
  "Loud Blast Fest yang dianjurkan oleh Rockstage Entertainment bertempat di Panggung Asia" Baru saja kemarin berlangsung satu event bertempat di tempat keramat, Panggung Asia, satu event yang dibawa oleh Rockstage Entertainment, event Loud Blast Fest, yang menampilkan 13 band baru dan lama, event dari hampir seluruh pelusuk negeri, semenanjung, sabah dan sarawak, tapi sayangnya satu band dari sarawak tidak dapat hadir atas sebab tertentu. Dan buat pertama kali Khabar Angin dijemput sebagai media di event tersebut, satu penghargaan besar kepada Rockstage Entertainment dan Malaysian Music Scene.  "Buat pertama kali Khabar Angin dijemput sebagai salah satu media"  "Larrong, band dari Sarawak tidak dapat hadir atas sebab tertentu"  Bermula dari pukul 2 petang sehinggalah pukul 11.30 malam, Event tersebut berjalan dengan lancar, biarpun ada sedikit masalah teknikal, tapi syukurnya dapat ditangani dengan baik oleh krew yang bertugas di event tersebut, ke hulu k...

AS OUR THRONE : MENGGEGARKAN DUNIA SENI DENGAN SINGLE TERBARU "TAUBAH"

Image
  "Single terbaru AOT yang jauh lebih ke arah kehidupan" Kumpulan metal tempatan yang semakin mencipta nama di persada antarabangsa, As Our Throne , kini kembali dengan single terbaru mereka, " TAUBAH ". Lagu ini bukan sekadar sebuah karya muzik, tetapi satu manifestasi evolusi dan kematangan band ini dalam meneroka dimensi baru metal melodi. Evolusi Muzikal yang Mencabar Batasan As Our Throne bukanlah nama asing dalam dunia metal Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 2011, kumpulan ini telah melalui transformasi besar, menjadikan mereka antara kuasa utama dalam genre ekstrim metal. Dengan semangat yang tidak pernah luntur, mereka terus mengorak langkah untuk memperluaskan batasan muzik metal, membuktikan bahawa genre ini lebih daripada sekadar bunyi agresif. Dengan kombinasi bunyi yang berat, melodi yang menggugah emosi, serta mesej yang mendalam, " TAUBAH " menangkap intipati sebenar muzik As Our Throne. Lagu ini membawa tema refleksi diri, penebusan, dan perj...